Masih tersisa di fikiran membaca mesej yang masuk dalam inbox facebook semalam.
"Assalamualaikum wbt. Maaf adik mengganggu akak. Sebenarnya adik ada soalan yang ingin ditanya pada akak dan harap sangat akak akan jawab.
Salahkah jika adik jatuh cinta?
Terima kasih kak, adik tunggu jawapan daripada akak."Mengimbas semula soalan-soalan yang serupa pernah ditanya. Aduh..
Soalan berat yang ditanya pada diri yang serba dhaif ini dan masih lagi mencedok ilmu daripada yang lebih alim. Tapi, Insha-Allah saya akan cuba memberi jawapan semampunya.
Apa itu cinta?
- Fitrah kejadian manusia ingin mencintai dan dicintai.
- Cinta adalah perasaan terpaut dalam hati terhadap sesuatu/seseorang.
- kebiasaannya, yang dicintai akan selalu berada di fikiran dan dilantunkan melalui lidah. Sekalipun lidah mengatakan benci, tapi jika selalu menyebut tentangnya maka sebenarnya dia telah mencintai seseorang/sesuatu itu. Hal ini boleh diambil dalam kisah Rabiatul Adawiyah yang diziarahi saudara seislamnya.
"Suatu hari Rabi'ah didatangi seorang wanita untuk menziarahinya yang sedang sakit. Wanita tersebut tahu Rabi'ah seorang wanita zuhud maka dia pun mencela dunia di hadapan Rabi'ah. Melihat akan hal tersebut, Rabi'ah berkata, janganlah lidahmu mencela dunia kerana sesungguhnya hatimu mencintainya. Sesungguhnya perkara yang dicintai akan terbit di lidah.Berdosakah jatuh cinta?
- Seperti yang dijelaskan di atas, cinta adalah suatu perasaan. Siapakah yang mengurniakan perasaan tersebut? Bukankah Allah? Jadi jawapannya tidak berdosa jatuh cinta kerana ianya anugerah daripada Allah.
- Bahkan cinta akan membuahkan pahala dan Rahmat Allah. Saya kepilkan antara hadis terkenal sebagai penguat kenyataan:
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan, mereka bukan daripada kalangan nabi ataupun syuhada, tetapi para nabi dan syuhada mencemburui mereka. Tempat mereka di sisi Allah SWT. Berkata para sahabat, khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah SWS bersabda, mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana Allah. Bukan ada hubungan saudara mara antara mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Pada wajah mereka ada cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut dan ketika manusia sedih mereka tidak sedih. Mereka berkata sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih. HR Abu Daud"
- Bagaimana jika dikatakan cinta juga boleh menggugurkan dosa? Nah..ini buktinya.
"Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua meski sebanyak buih di lautan. HR Tabrani"Jika begitu, maknanya boleh bercinta ya?
- Perlu difahami beza antara jatuh cinta dengan bercinta. Mungkin sekali imbas kita mengatakan kedua-duanya sama. Tidak! Sama sekali tidak sama. Saya ulangi, jatuh cinta merupakan perasaan sedangkan bercinta merupakan perhubungan antara seseorang dengan yang dicintainya.
- Jawapan saya bagi persoalan di atas, ya..anda boleh bercinta. Teruskan mencintainya. Tetapi cintailah mereka yang berhak anda cintai. Ya..seperti ibu, ayah, adik beradik, saudara seislammu dan banyak lagi golongan yang berhak atas cinta anda. Terutamanya, cintailah Tuhan penciptamu dan juga kekasih-Nya, Rasulullah SWS
Bagaimana pula 'bercouple'?
- Tentu sahaja boleh...Tetapi bagi mereka yang sudah halal untukmu. Tidak salah kan 'bercouple' selepas nikah. Elakkannya sebelum dia halal untuk anda, percayalah..ia akan lebih manis dan lebih lama berbanding sebelum nikah. Ingat semula hadis baginda Rasulullah SWS daripada Ukbah Bin Amir:
"Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang bukan mahramnya kerana yang ketiganya adalah syaitan. HR Tirmizi"Tak cukup? Saya tambahi lagi perisanya. Daripada Ibnu Mas'ud, sabda Rasulullah SWS:
"Pandangan mata itu adalah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku nescaya Aku (Allah) gantikannya dengan Iman yang dirasakan lazat manisnya dalam hati. HR Thabrani dan Hakim"
- Kami tak berjumpa, hanya melalui mesej dan telefon sahaja.
Masih tak boleh kerana niatnya 'bercople' bukan? Tetapi jika ianya atas sesuatu urusan yang dibenarkan syara' maka hukumnya harus. Namun mesti diingat, suara jangan sekali-kali dilunakkan.
"Hai isteri-isteri nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkalah perkataan yang baik. Surah Al-Ahzab:32"
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kesimpulannya
"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!"
"Nak menyukai seorang
seseorang itu juga tidak ada masalah. Tapi, kena ingat. Hidup kita ini ibadah.
Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika
dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi , janganlah kita campuri ibadah
yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.”
Rujukan
- Encik Google
- Puan Kitab
Hiburan yang berkaitan
Panduan untuk mereka yang sedang bercinta mungkin... http://www.youtube.com/watch?v=Y2GV4pzbGgc
ReplyDeleteSyukran ya akhi...
ReplyDelete