Episod 35
Bulan syawal menyatukan dua insan demi mencari kasih Ilahi. Rumah Nur ceria dengan suara tawa anak-anak kecil. Penuh dengan kegembiraan. Kumpulan ibu-ibu sedang sibuk memasak di dapur. Beberapa golongan dewasa di ruang tamu pula sibuk berbincang akan sesuatu hal.
“Hajat kedatangan kami ni rasanya pihak perempuan pun faham. Namun, biarlah kami menjelaskan juga agar tiada salah faham selepas ini.” Seorang lelaki memulakan bicara. Mak Kiah mengangguk-anggukkan kepala. “Kami ingin menyunting anak Puan yang bernama Nur Athirah Binti Muhammad Harith untuk anak lelaki kami, Muhammad Imran Bin Abd Qadir Jailani. Insha Allah, pagi ini adalah untuk majlis pertunangan mereka dan petang nanti akad nikah akan dilakukan..Insha Allah.” Sambung lelaki itu lagi. Mak Kiah menjemput seorang wanita sebayanya untuk ke bilik Nur.
Nur di dalam bilik menunggu dengan perasaan penuh debaran. Adik beradiknya tak sudah-sudah mengusiknya. “Cantiknya kak Nur. Jah nak ambil gambar boleh? Jah janji tak tunjukkan pada sesiapa gambar kak Nur.” Khodijah adik kesayangan Nur memujuk. Nur tersenyum. Purdah diambil dan dipakainya. “Boleh Jah. Jah boleh ambil gambar kak.” Nur memberi keizinan. “Ala..Jah nak ambil gambar kak Nur tak pakai purdah.” Khodijah memujuk lagi dengan manjanya kepada Nur. Nur berfikir sebentar kemudian membuka purdahnya. “Jah janji ya jangan tunjuk gambar ni pada sesiapa melainkan keluarga kita.” Nur meminta kepastian daripada adiknya. Khodijah mengangguk. Beberapa keping gambar diambil. Kakak-kakak Nur turut tidak mahu terkecuali mengambil bahagian.
“Assalamualaikum.” Seorang wanita berdiri di muka pintu bilik Nur sambil memberi salam. Senyuman ikhlas terukir pada wajahnya. “Nur dan beberapa orang di dalam bilik tersebut menjawab salamnya. Wanita tersebut berjalan ke arah Nur. Iman di sebelahnya. Degupan jantung Nur makin pantas. “Cantiknya ustazah hari ni.” Wanita tersebut bersuara. “Kak tak perlu lah panggil saya ustazah lagi. Insha Allah..hubungan kita akan lebih rapat lagi selepas ni.” Nur membalas. Wanita tersebut tersenyum. “Lepas ni ustazah jadi adik ipar mak kan. Maknanya mak cik Iman la kan. Iman nak panggil ustazah Mak Su boleh?” Iman menyuarakan isi hatinya. “Boleh sayang.” Jawab Nur sambil membelai wajah Iman dengan rasa kasih sayang. Wanita tersebut menyarungkan cincin bersalut emas putih ke jari manis Nur. Khodijah menepuk tangan tanda gembira.
Suasana masjid Al Muttaqin pada hari itu meriah sekali. Majlis akad nikah pada petang itu diadakan dalam rumah Allah itu.
“Aku terima nikahnya Nur Athirah Binti Muhammad Harith dengan mas kahwin seratus ringgit tunai.” Imran melafazkannya dengan sekali lafaz sahaja. Nur mengucap syukur dalam hatinya saat mendengar kalimah tersebut keluar dari mulut Imran yang kini sah menjadi suaminya.
Imran datang kepada Nur. Nur hanya tunduk menahan malu. Imran duduk bersetentang dengan Nur lalu memegang tangan isterinya itu. Cincin kedua disarungkan ke jari Nur. Nur mencium tangan Imran di sebalik purdah putihnya sambil air matanya jatuh berderai tanda syukur. Saat itu dia merasakan cinta yang amat mendalam terhadap suaminya. Mujurlah dia tidak melepaskan perasaan itu sebelum kahwin, jika tidak dia tak kan merasai nikmat sebegini hebat.
Nur dan Imran kelihatan sama padan di atas pelamin yang dihiasi pelbagai bunga berwarna warni. Tema dipilih warna hijau dan biru. Warna kegemaran kedua mempelai tersebut. Manakala pasangan pengantin pula mengenakan busana putih. Pada awalnya Nur menolak untuk dibuat pelamin tersebut. Namun kerana menghormati keputusan ibunya, dia akur juga dengan syarat hanya dari kalangan ahli keluarga sahaja yang dibenarkan menampung tawar. Selepas selesai sahaja, Nur meminta diri untuk ke bilik . Imran faham. Nur berjalan ke kamar manakala Imran berjalan ke luar. Tujuan hanya satu untuk bertemu sahabat-sahabat mereka. Di dalam kamar, sahabat-sahabat Nur sudah sedia menunggunya. Mereka berbual mesra dan acap kali Nur diusik. Banyak sekali hadiah di dalam bilik tersebut. Iman sentiasa mengikuti Nur ke mana sahaja dia pergi. Imran pula melayani sahabatnya yang kebanyakannya teman sekuliahnya semasa di Maahad Tahfiz Darussalam.
‘Allahuakbar..Allahuakbar..’ Gema azan memanggil manusia untuk meninggalkan segala pekerjaan bagi mengisi ruang bersama Tuhan Yang Maha Esa. Masjid Al Muttaqin pada ketika itu penuh dengan jemaah dari waktu maghrib ke Isyak. Para tetamu yang sampai dipelawa dahulu mengerjakan solat secara berjemaah. Untung sahaja rumah Nur dan masjid tidak jauh.
“Im, kami minta diri dahulu ya. Anta dan Nur juga pasti letih pada hari ini. Alhamdulilah..tadi kami ada ternampak zaujah anta. Alhamdulilah..beruntung anta. Jagalah dia dengan sebaiknya. Kami doakan antum menjadi pasangan yang bahagia di dunia dan akhirat. Nanti dah ada cahaya mata jangan tak beritahu kami pula ya.” Ghauz sahabat yang paling akrab dengan Imran mengusik. Imran tersenyum.
“Assalamualaikum ya zaujati.” Imran memberi salam di muka pintu bilik mereka. Nur yang telah sedia ada di bilik itu menjawab salam. Dia mencium tangan suaminya. Imran memandang wajah isterinya dengan penuh rasa kasih sayang. “Alhamdulilah…abang sungguh bahagia hari ini kerana Allah kekasih kita telah mengurniakan abang seorang isteri yang cantik dan solehah. Abang nak sayang tahu bahawa abang cintakan sayang. Namun sayang, perlu abang beritahu bahawa abang mesti letakkan cinta abang yang lebih lagi pada kekasih kita. Bukankah Dia juga yang menjadikan sayang? Isteri yang abang cintai. Sayang, moga pernikahan kita mengundang rahmat dan kasih sayang Allah.” Imran memulakan perbualan bagi mengurangkan rasa malu yang menyelimuti diri mereka. Nur berasa hiba mendengar kata-kata tersebut keluar daripada lelaki di hadapannya. Dia lalu menjawab. “Abang, sayang juga mencintai abang. Sayang harap abang dapat mendidik sayang untuk lebih mencintai kekasih kita. Tiada kata yang dapat sayang ungkapkan melainkan memajatkan rasa syukur kepada-NYA kerana telah mengurniakan sayang seorang suami yang soleh. Bahkan lebih baik daripada wildan di syurga. Abang, sayang berharap abang akan mengabulkan permintaan sayang.” Nur memandang dalam ke arah anak mata Imran. “Insha Allah sayang. Katakanlah.” Jawab Imran. Nur lalu menyambung. “Jika sayang terlebih dahulu dijemput Allah sebelum abang, sayang berharap sangat abang akan kahwin lagi. Insha Allah, Aisyah sahabat baik sayang adalah paling sesuai. Sayang pernah kenalkan dia kepada abang bukan?” Imran terkejut dengan permintaan Nur. “Sayang, mengapa berkata demikian. Tak sanggup abang mendengarnya.” Jawab Imran. Nur senyum kepada suaminya. “Abang, bukankah telah abang katakan tadi yang menjadikan sayang adalah Allah. Bermakna sayang milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil sayang daripada abang. Sayang pun tak tahu bila Dia Yang Maha Kuasa akan jemput sayang. Sayang hanya ingin meluahkan rasa kepada abang. Boleh ya abang..” Nur memujuk. Imran tak mampu menjawab. Dia hanya menganggukkan kepala. “Ada dua lagi permintaan sayang. Bolehkah abang tunaikan.?” Nur berkata lagi. Air mata sudah meleleh di pipi Imran. Nur menyambung. “Jika sayang tak sempat memberikan zuriat untuk abang dan abang memperolehi zuriat tersebut daripada wanita selepas sayang, bolehkah abang beri nama yang telah sayang pilih ini untuk mereka? Jika anak lelaki namakanlah Muhammad Bilal. Moga berkah Rasulullah bersamanya dan moga suaranya sebagus Bilal untuk mengalunkan kalimat memuji Allah. Jika anak perempuan, namakanlah Rabiatul Adawiyah. Moga cintanya kepada Allah mengatasi cinta makhluk.” Imran membelai lembut pipi Nur. “Insha Allah sayang. Katakanlah permintaan sayang yang ketiga.” Jawab Imran dengan sayu. “Yang terakhir, jika sayang tak sempat membawa umi mengerjakan Haji di Mekah, abang tolong bawa umi ke sana ya untuk beribadat. Dah lama umi teringin nak ke sana namun hajatnya belum kesampaian. Abang boleh gunakan wang sayang di bank sebagai kos ke sana.” Akhir Nur. “Sayang, betapa abang terharu mendengar semua permintaanmu. Hatimu terlalu mulia. Abang benar-benar bertuah dapat mengahwinimu.” Balas Imran. Tangannya menggenggam erat tangan Nur. “Abang, marilah kita solat dahulu sebagai tanda syukur kita kepada Tuhan kita.” Ajak Nur.
Nur dan Imran langsung mengambil wudhuk dan mengerjakan solat berjemaah bersama. Suara Imran benar-benar lunak kedengaran. Beberapa kali Nur menitiskan air mata. Selepas solat, mereka sama-sama berzikir memuji Allah. Nur mengeluarkan tasbih pemberian Imran. Hadiah pemberian suaminya. Dia berzikir dengan tasbih tersebut. Khusyuk sekali mereka memuji Tuhan Yang Maha Melihat akan hamba-NYA. Secara tiba-tiba kepala Nur sakit yang amat sangat. Tak pernah dirasakan sakit seperti itu. Nur jatuh terbaring. Imran masih lagi berzikir tanpa menyedari Nur telah jatuh. Selesai berdoa dia berpaling ke belakang untuk bersalaman dengan isterinya. Alangkah terkejutnya apabila melihat Nur sudah terbaring di atas sejadah dengan tangannya masih lagi menggenggam tasbih pemberiannya. Imran bergegas mendekati Nur. Isterinya diangkat ke atas ribanya. Nur tidak bergerak. Beberapa kali Imran menggoyangkan badan dan memanggil nama Nur namun tiada tindak balas. Air mata Imran jatuh bercucuran. Akhirnya, dengan hati yang berdebar-debar dia merasa nadi Nur. Tidak berdenyut. Nur juga sudah tidak bernafas. Imran memeluk erat Nur. Isteri tercintanya!
Rumah Nur kembali penuh dengan orang ramai. Namun suasananya berlainan dengan keadaan petang tadi. Sayu sekali. Kedengaran tangisan kecil beberapa orang yang berada di dalam rumah tersebut.
Mayat Nur diletakkan di dalam bilik air. Ustazah Asiah bersedia memandikan mayat Nur bersama beberapa wanita lain termasuk Mak Kiah, ibu Nur. Tiba-tiba seorang wanita separuh umur bersuara. “Ustazah, saya tak dapat tanggalkan tasbih ni.” Semua mata yang berada di situ memandang ke arah yang di maksudkan. Air mata Mak Kiah kembali berderai melihat tasbih tersebut. Semasa Nur hidup pun tasbih itu di bawa ke mana-mana sahaja. Batapa sayangnya Nur kepada Imran. Segala usaha dilakukan untuk menanggalkan tasbih itu namun tak berhasil. “Ustazah, potong sahaja tali tasbih itu.” Mak Kiah bersuara dengan suara perlahan. Akhirnya tasbih tersebut dapat dileraikan. Berpisahlah Nur daripada tasbih pemberian suaminya. Begitu jugalah Nur berpisah dengan insane-insan yang disayanginya. Tempatnya kini amat asing. Hanya amalan dan rahmat Allah sahaja dapat membantu dirinya.
Tamat
terima aku wahai kekasihku
Tuesday, August 24, 2010
Friday, August 20, 2010
Ketika cinta bertasbih
Episod 34
Iman dan Nur berjalan berduaan selepas pulang dari sekolah. Mereka berbua-bual. Nur tidak menghantar Iman sampai di pintu rumahnya, sebaliknya di simpang jalan berhampiran rumah Iman. “Ustazah hantar Iman sampai sini ya. Ustazah ada hal perlu diselesaikan. Maafkan ustazah ya.” Helah Nur. Iman mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. “Er..tolong sampaikan surat ini kepada Pak Su ya dan sampaikan salam ustazah kepada mak dan Pak Su.” Sambung Nur lagi. Iman menerima surat tersebut.
“Assalamualaikum, Pak Su. Dalam bilik rupanya. Tadi Iman beri salam tak ada siapa sahut. Mak pun tak ada. Mujurlah Pak Su ada. Pak Su, ustazah kirim salam. Ha...ni ada surat ustazah suruh Iman beri pada Pak su.” Akhir Iman sambil menyerahkan surat bersampul warna biru tua itu kepada Imran. Kebetulan, warna kegemaran Imran. Imran senyum tanda gembira. Rupanya Nur tidak mengambil masa yang lama untuk memberi jawapan padanya. Baru semalam dia memberi surat kepada Nur dan hari ini sudah ada balasan. Iman meminta izin kepada Imran untuk ke biliknya.
Imran membaca sampul surat tersebut seperti surat yang diberikannya kepada Nur. Terdapat namanya dan Nur yang turut disertai kalimat ‘Bismillahirrahmanirrahim’.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada akhi Imran. Nur ucapkan terima kasih atas surat yang diberikan tempoh hari. Sesungguhnya Nur terharu membaca warkah yang diberikan akhi kepada Nur. Nur tak menyangka seorang penghafaz Quran boleh memilih Nur sebagai zaujah pilihannya. Sungguh beruntung rasanya. Nur terfikir apakah kebaikan yang telah Nur lakukan hingga mendapat nikmat sebegini.
Namun, maafkan Nur. Nur tak dapat menerima akhi sebagai zauj Nur. Terus terang Nur katakan hati Nur telah dimiliki oleh yang sepatutnya memiliki hati ini. Pasti akhi akan mendapat wanita yang lebih solehah dan lebih baik daripada Nur. Nur doakan akhi akan menemui zaujah yang sebanding akhi. Jujur, akhi terlalu sempurna pada mata Nur. Sampai di sini dahulu warkah Nur.
Nur
Imran melipat surat tersebut lalu menyimpannya di dalam laci. Dia membentangkan sejadah lalu mengerjakan solat taubat dua rakaat tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu kerana dia masih dalam keadaan berwudhuk.
“Ya Allah, aku memohon ampun di atas segala dosa yang kulakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Yang aku tunjukkan atau aku sembunyikan. Ampunkanlah juga dosa ibu dan ayahku seterusnya muslimin dan muslimat.
Ya Allah, aku redha dengan keputusan Nur. Hilangkanlah kesedihan dihatiku ini agar tak disedari insan-insan yang menyayangiku. Ya Allah, mungkin aku tersilap dengan mimpiku dengan menyangka jawapan-MU adalah Nur. Rupa-rupanya dia sudah dimiliki. Maafkanku Ya Allah. Aku tidak tahu. Hilangkanlah perasaan ini daripada diriku. Pintaku Ya Allah, kurniakanlah kepadanya zauj yang soleh yang dapat mendekatkan dirinya kepada-MU.” Imran tak dapat menahan dirinya daripada menitiskan air mata. “Ya Allah, aku sayangkannya..Aku sayangkannya…Buangkanlah perasaan ini.” Imran menyambung doanya dengan esak tangisan.
Rupa-rupanya kak long Imran memerhatikannya sejak dari mula-mula dia membaca surat. Iman yang memberitahunya tentang surat tersebut. Hatinya sebak melihat kesedihan adiknya itu. Dia berhajat untuk berjumpa ibu Nur dengan segera. Moga Nur akan dapat menerima adiknya. Dia tak mengetahui isi surat tersebut.
Kak long Imran mengetuk pintu rumah Nur. Sengaja dia memilih waktu tersebut kerana dia mengetahui pada waktu seperti itu kebiasaannya Nur mengajar di sekolah.
“Waalaikumsalam. Eh..Ibu Iman kan? Jemput masuk.” Ajak Mak Kiah selepas menjawab salam wanita yang berada di hadapannya. Selepas mereka berbual mesra, ibu Iman mula menyampaikan maksud yang tersirat.
“Tak pernah pula kak tahu Nur ada menyimpan hati kepada mana-mana lelaki. Hanya dulu memanglah. Tapi selepas Muhammad dah memilih Fatimah, Nur tak lagi berhubungan dengannya. Em..Baru kak ingat. Nur pernah beritahu kak yang dia suka mendengar bacaan Quran Imran. Dia juga pernah beritahu kak yang mana-mana wanita menjadi isteri Imran pasti beruntung.” Akhir Mak Kiah.
Ibu Iman meminta diri untuk pulang apabila melihat jam dinding menunjukkan hampir pukul enam. Bermaksud tak lama lagi Nur akan sampai rumah.
Nur masuk selepas memberi salam kepada Mak Kiah. Dia mencium tangan ibunya itu kemudian meminta diri untuk berehat di dalam biliknya. “Nur, tunggu dulu sayang. Umi nak Nur jujur tentang Imran pada umi.” Mak Kiah meluahkan persoalan yang bermain-main dalam hatinya sejak ibu Iman pulang tadi. Mata Nur berair. Badannya terasa lemah lalu dipeluknya ibunya itu. “Umi…Nur sayangkannya. Umi…Nur mesti lawan perasaan ni. Umi tahukan penyakit Nur? Bila-bila masa sahaja Nur akan tinggalkan dunia ni. Sampai sekarang doktor tak tahu ubat untuk penyakit Nur. Mereka katakana Nur tak sakit sedangkan Nur merasai kesakitannya. Umi, Nur rasa penyakit Nur ni boleh membawa kematian. Nur tak nak insan-insan yang Nur sayangi bersedih atas kematian Nur. Perasaan Nur terhadap akhi Im lebih daripada abang Muhammad. Nur tak nak akhi Im sedih atas kematian Nur. Biarlah dia mendapat wanita yang sihat. Bukan wanita yang bila-bila sahaja akan meninggalkannya. Jika umi jadi Nur pun pasti umi akan melakukan seperti yang Nur perbuat kan?” Nur meluahkan segala perasaannya tanpa disembunyikan sedikit pun. Tak kuat lagi dia menyimpannya sendirian. Nur menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya. Mak Kiah menarik bahu Nur duduk mengadapnya. “Tak sayang. Umi tak kan lakukan seperti yang Nur lakukan. Bahkan umi akan terima.” Mak Kiah bersuara memandang wajah anaknya yang tunduk memandang lantai. Nur mengangkat wajahnya menatap wajah Mak Kiah. Hatinya terkejut. “Bukankah apabila kita mencintai seseorang itu maka kita mesti bersedia berkorban untuknya? Kita akan bersedia untuk bersedih asalkan orang yang kita sayangi gembira?” Nur memberikan pendapatnya. “Benar sayang…tapi adakah Nur pasti keputusan Nur ini akan menjadikan Imran bahagia?” Tanya Mak Kiah. “Nur..Nur tak pasti. Tapi pasti pada masa yang akan datang akan membawa kegembiraan untuk akhi Im. Sudah pasti dia inginkan seorang isteri yang sentiasa menyokongnya ketika susah dan senang. Jika Nur pergi dahulu, adakah Nur dapat menyokongnya?” Nur menjawab lagi. “Salah jika Nur berfikir begitu. Sekalipun Allah takdirkan Nur atau Imran pergi dahulu, semangat kalian ada dalam diri kalian. Baiklah jika Nur pergi dahulu sekalipun, adakah semangat Nur turut sama mengikut Nur? Tidak sayang. Semangat Nur akan bersama menemani Imran. Bahkan dia akan lebih kuat mengharungi hidup ini. Dia tak bersendirian. Semangat Nur bersamanya. Tidakkah Nur ingat kisah Rasulullah dengan isterinya yang tercinta, Siti Khodijah. Rasanya tak perlu umi ceritakan mengenai kekasih Allah itu, Nur lebih faham.” Akhir Mak Kiah.
Nur melakukan solat istikharah meminta petunjuk daripada kekasihnya. Nyata, cepat sahaja Nur mendapat jawapan.
“Umi, katakan pada akhi Im..Nur sudi menjadi penolongnya di dunia dan di akhirat.” Nur memberi jawapan pada suatu hari kepada Mak Kiah. Ibunya tersenyum. Dia memahami maksud Nur lantas mendail nombor telefon bimbit Imran. “Insha Allah..Esok Imran datang.” Mak Kiah memberitahu Nur setelah meletakkan ganggang telefon. Nur mengucapkan syukur kepada kekasihnya.
Akan bersambung…

Wednesday, August 18, 2010
Moga inilah yang terbaik
Episod 33
Jari Nur membelai lembut rantaian tasbih yang diberikan Imran kepadanya sambil bibirnya mengalunkan zikir memuji Ilahi. Selepas itu tasbih diletakkan di atas sejadah. Al Quran dicapai dan dibuka. Nur mula membaca surat cinta kekasihnya itu. Terkadang matanya melirik kepada maksud ayat.
Nur berjalan menuju ke dapur. Mak Kiah sedang menyiapkan sajian berbuka puasa. “Umi dah solat Asar?” Tanya Nur. Mak Kiah berpaling ke arah Nur. “Belum sayang. Umi nak goreng ikan ni dahulu. Lepas ni umi solat.” Jawab Mak Kiah lembut. “Biar Nur tolong ya umi. Umi pergilah solat.” Jawab Nur sembil berjalan mara ke arah Mak Kiah. Mak Kiah meninggalkan kerjanya dan berjalan menuju ke bilik air. Nur menggantikan ibunya.
Lauk-pauk disajikan di atas meja dan ditutup dengan tudung saji. Nur berjalan menuju ke bilik ibunya. Pintu ibunya tidak tertutup rapat. Nur mendekati pintu tersebut. Matanya mengintai ke dalam bilik dan dilihatnya Mak Kiah sedang menadahkan tangan. Mungkin sedang membaca doa. Nur tersenyum dan merapatkan pintu tersebut. Nur berjalan menuju ke ruang tamu kemudian mengambil tempat di sofa yang ada. Matanya melirik melihat jam dinding. Hatinya tertanya-tanya ke mana perginya adik beradiknya yang lain. Jarinya terus-menerus menggerakkan rantai tasbih sambil bibirnya juga turut memuji kekasih hatinya. Bibir Nur berhenti. Nur tertidur. Jarinya juga berhenti namun masih kuat memegang tasbih pemberian Imran. Tasbih itu sentiasa dibawanya ke mana-mana. Kebetulan dia tak mempunyai tasbih sebelum ini dan hanya menggunakan jari apabila berwirid.
Nur dan Iman berjalan bersama menuruni tangga sekolah selepas solat berjemaah di surau sekolah. Mata Nur menangkap sesusuk tubuh di tepi pagar sekolah. “Pak Su…” Jerit kecil Iman. Imran memandang mereka berdua dengan senyuman ikhlas. Nur dengan cepat menyembunyikan tasbih pemberian Imran di sebalik helaian buku yang dipegangnya.
“Assalamualaikum Nur.” Imran bersuara memandang Nur. Nur tunduk dan menjawab salam. “Waalaikum salam akhi.” Mereka mula menggunakan panggilan yang lebih akrab. Panggilan ustaz dan ustazah telah ditukar agar suasana formal dapat dielakkan. “Er..hari ni akhi jemput Iman lagi ya. Kalau begitu, lain kali Iman pulang dengan Pak Su ya. Tak perlu tunggu ustazah lagi.” Bilang Nur kepada Iman. Iman memuncungkan bibirnya. “Tak nak. Ustazah, apa salahnya kita pulang bertiga. Iman suka sangat. Kalau boleh hari-hari Iman nak macam ni.” Jawab Iman. “Maafkan akhi ya Nur. Insha Allah lain kali akhi tak jemput Iman.” Sambung Imran dengan perasaan bersalah. Nur menyedarinya. “Eh..tak apalah. Akhi jemputlah Iman. Nur hanya kesian pada Iman tunggu Nur lama-lama untuk pulang. Alhamdulilah..akhi ada sekarang dan bolehlah temankan Iman.” Jawab Nur cuba membuang perasaan bersalah yang Imran lahirkan. “Macam ni lah..Pak Su datang dua kali seminggu. Tak lah kerap sangat kan.” Saran Iman pula. Nur dan Imran senyum tanda setuju.
“Nur, esok cuti kan? Nur ada apa-apa program?” Tanya Imran sambil mereka bertiga berjalan. “Rasanya tak ada. Kenapa akhi?” Jawab Nur. “Kalau Nur mahu, esok akhi dan Iman nak pergi rumah anak yatim di hujung kampung kita. Nur sudi sertai kami?” Tanya Imran sambil wajahnya memandang Nur meminta kepastian. “Insha Allah.” Jawab Nur pendek.
Nur meninggalkan Imran dan Iman di hadapan rumah mereka. Tasbih dikeluarkan semula. Hatinya berbunga-bunga dengan ajakan Imran.
Imran memakai baju melayu biru yang dipadankan seluar berwarna putih bersama Iman yang berbaju T-shirt hijau muda dengan seluar berwarna hitam. Mereka melambai-lambaikan tangan kepada Nur. Nur pula seperti biasa dengan tudung dan jubah berwarna hitam datang kepada mereka. Khodijah, adik Nur turut bersamanya. “Assalamualaikum ukhti Nur.” Tegur Imran. “Waalaikumsalam Warahmatullah. Maaf ya, Nur tak beritahu nak bawa adik Nur.” Bilang Nur. “Tak mengapa Nur. Lagi meriah nanti.” Jawab Imran sambil menghadiahkan senyuman kepada Khodijah.
Mereka berempat berjalan ke rumah anak yatim yang dimaksudkan sambil berbual-bual perkara yang bermanfaat. Terkadang gurau senda turut diselitkan. Setiap kali Nur mendengar bacaan Quran Imran, hatinya berdegup laju. Imran pula seringkali menyelitkan Quran dalam perbualan mereka.
“Alhamdulilah..Kita dah sampai.” Imran bersyukur. Mereka masuk ke dalam rumah anak yatim tersebut. Penghuni rumah tersebut mengalu-alukan kehadiran mereka. Mereka bergaul mesra sepantasnya sebagai saudara seislam. Lama juga mereka bermesra dengan anak-anak di situ. Selepas solat Asar mereka memohon diri untuk pulang. Nur berasa sungguh seronok. Ingatan pada ayah yang dicintai seringkali menerpa benak Nur untuk beberapa kali. Namun setelah melihat anak-anak yatim di situ dia berasa beruntung kerana masih mempunyai ibu yang amat menyayanginya dan juga adik beradiknya yang lain. Sedangkan anak-anak penghuni rumah tersebut tidak mempunyai ayah dan ibu. Bahkan ada antara mereka yang tak pernah merasai kasih sayang ayah ataupun ibu. Beberapa kali air mata Nur jatuh menyinggahi pipinya.
“Iman, kirim salam pada mak ya. Ustazah pulang dulu.” Pesan Nur lembut kepada anak muridnya. Iman mengangguk-anggukkan kepala lalu mencium tangan Nur kemudian tangan Khodijah pula. “Nur..” Imran memanggil. Nur berpaling. Seringkali Imran seolah-olah berat untuk membiarkan Nur pergi. “Akhi nak beri sesuatu.” Imran bersuara lagi. “Em..bukankah semalam akhi baru sahaja beri Nur tasbih.” Jawab Nur pula. “Akhi nak beri Nur…em..surat ni.” Kata Imran sambil memberikan sepucuk surat bersampul warna hijau. Warna kegemaran Nur. Nur menerima dengan teragak-agak. “Er..surat apa ni akhi?” Tanya Nur. “Balik nanti Nur buka dan bacalah. Nanti Nur akan faham.” Jawab Imran pula. Nur tidak mahu bersoal banyak. Iman dan Khodijah memandang Nur dan Imran silih berganti. Mereka sama-sama tersenyum. Sepanjang perjalanan pulang, Khodijah asyik mengusik kakaknya itu. Kemerahan wajah Nur. Dia ingin segera sampai ke rumah dan membaca isi kandungan surat itu.
Nur dan Khodijah sampai di rumah. Nur lantas memohon diri kepada Khodijah untuk ke biliknya. Khodijah memahaminya.
Nur membelek-belek surat ditangannya. Tertera nama Imran dan namanya di situ. Nur membuka perlahan. ‘Mulakan pekerjaanmu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim’ tertera pada sampul pembukanya. Nur membaca Basmalah.
Assalamualaikum warahmatullah kepada saudari Nur. Terima kasih akhi ucapkan kerana sudi membaca warkah akhi ini. Akhi rasa tak perlu lah akhi berselindung lagi pada Nur. Akhi ingin melamar Nur sebagai zaujah akhi. Insha Allah sebagai penguat semangat akhi untuk berjuang di atas muka bumi Allah ini. Pasti Nur tertanya-tanya mengapa akhi memilih Nur sebagai teman hidup. Sebenarnya akhi memilih Nur antara sebab pertama Nur terlalu akrab dengan Iman. Seringkali Iman menceritakan hal Nur kepada akhi yang menjadikan akhi tertarik kepada Nur. Masakan anak sekecil itu mahu berbohong bukan? Selain itu, sudah pasti kerana agama yang ada pada diri Nur. Walaupun akhi tidaklah mengenal diri Nur lebih dalam namun akhi merasa senang bersama Nur. Sebelum akhi menulis surat ini, akhi telah terlebih dahulu membuat solat istikharah. Alhamdulilah..selama tiga hari akhi mendapat mimpi mengenai Nur. Akhi beranggapan inilah jawapan daripada Allah. Bukankah pilihan Allah itu yang terbaik? Akhi tak mahu memaksa Nur untuk memberikan jawapan segera kepada akhi. Nur fikirlah semasaknya. Jika sudah bulat jawapan dihatimu, jawablah persoalan akhi. Akhi tunggu jawapan dari Nur. Insha Allah, buat masa ini akhi tak kan berjumpa Nur untuk memudahkan Nur berfikir sematang-matangnya. Walau apapun jawapan Nur, akhi terima dengan hati terbuka. Insha Allah.
Yang Benar,
Akhi Im
Nur melipat surat tersebut. Matanya merah menahan kesedihan. Nur meletakkan surat tersebut di atas tilamnya. Nur bergegas ke bilik air memperbaharui air wudhuknya. Tikar sejadah dibentang. Nur melakukan solat taubat dua rakaat. Selepas solat seperti biasa dia akan mengadu segala isi hatinya kepada kekasih yang amat memahaminya.
“Wahai Tuhan pemilik nyawaku. Hanya Engkau mengetahui betapa gembiranya aku mendapat tahu akhi Im juga menyimpan perasaan terhadapku. Namun Ya Allah, entah mengapa kurasakan aku tak sebandingnya dan dia wajar mendapat wanita yang lebih baik dariku. Jika abang Muhammad dahulu melamarku aku terima namun bagi akhi Im payah aku untuk menerimanya kerana aku merasakan tak layak untuknya wahai kekasih hatiku. Dia seorang yang soleh pada pandangan mataku. Seorang yang menghafaz ayat-ayat-MU. Terlalu sempurna pada mataku. Namun apakah dayaku? Hanya kurasakan saat ini adakah aku sebandingnya? Tak Wahai Yang Maha Mendengar. Dia sepantasnya mendapat wanita solehah yang sepadan dengannya. Wahai Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui akan perihal penyakitku yang bila-bila masa sahaja akan meninggalkan dunia yang fana ini. Bukan aku tak redha dengan penyakit yang Kau berikan ini, namun aku merasakan akhi Im pantas mendapatkan seorang zaujah yang sihat fizikal dan rohaninya. Sekurang-kurangnya dapat bersama dengannya untuk beberapa tahun. Namun Kekasihku, aku sudah mula merasakan saat untukku bertemu dengan-MU makin hampir kerana aku merasakan berat penyakitku ini kebelakangan ini. Aku tak kuat wahai Tuhanku sedangkan Kaulah Yang memberi kekuatan kepada sesiapa yang Kau kehendaki. Mungkin jalan yang terbaik adalah dengan menolak lamarannya wahai Tuhanku. Jujur wahai Kekasihku, jika tak berdosa aku katakan, aku mula menyayanginya. Maafkanku Ya Allah..Biarlah dia gembira bersama insan yang sepadan dengan dirinya. Insha Allah, esok juga aku akan memberitahu keputusanku ini. Permudahkanlah Ya Allah.” Nur menangis teresak-esak. Inilah pengorbanan yang dia rasakan mampu dilakukan untuk Imran. Seorang Ustaz Tahfiz yang baru dikenalinya itu. Secara tiba-tiba kepala Nur pening yang amat sangat. Matanya kabur. Nur jatuh menyembah bumi di atas sejadahnya.
Akan bersambung..

Monday, August 16, 2010
Tasbih cinta
Episod 32
“Assalamualaikum anak ustazah semuanya. Kaifahalukum? Berseri-seri wajah semuanya ni. Ha….makin hari makin comel. Apa rahsianya ya? Boleh ustazah tahu?”. Nur membuka kelas pada hari itu dengan persoalan kepada murid-muridnya. “Waalaikumsalam warahmatullahi wa barakatuh ya ustazah. Alhamdulilah…nahnu bikhoir.” Jawab murid 3 Akhdor. “Mestilah berseri ustazah. Esok kan puasa. Lepas puasa kita raya. Seronoknya! Mak saya belikan baju raya, kasut raya, dapat duit raya, pergi rumah saudara. Tak sabar rasanya!” Sambung Fatihah pula. Salah seorang murid 3 Akhdor yang petah bercakap. Nur senyum melihat gelagat lucu anak muridnya itu. “Fatihah, bulan Ramadhan belum pun menjelma. Awak dah rindu kepada Hari Raya. Sebenarnya bulan Ramadhan lebih seronok daripada bulan-bulan lain. Bulan Ramadhan ada solat tarawih yang tiada pada bulan-bulan lain. Pahala pada bulan itu berganda-ganda. Amalan sunat umpama amalan wajib manakala amalan wajib ditingkatkan hingga 70 kali gandanya. Pintu-pintu syurga dibuka seluasnya,pintu neraka ditutup serapatnya. Para bidadari syurga berhias cantik dan syurga juga dihias seindahnya. Seksaan di neraka dihentikan untuk seketika. Pada bulan itu juga terdapatnya malam Al Qodar yang lebih baik daripada seribu bulan. Bahkan peperangan Rasulullah pada bulan Ramdhan juga mendapat kemenangan. Banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan. Insha Allah ustazah akan sambung lagi lain kali. Sekarang buka buku Al Quran muka surat 87. Liyana, baca dan yang lain ikut”. Akhir Nur. Nur menyemak bacaan murid-muridnya. Sesekali Nur membetulkan bacaan mereka. Nur tersenyum sendirian. Bulan yang ditunggu tak beberapa jam sahaja lagi bakal menjelma. Harapannya, kekasihnya masih akan memberinya udara dan nyawa untuk berada di bulan yang mulia itu. Penyakit yang melanda dirinya makin berat rasanya. Perbuatannya disaksikan Iman, anak angkatnya.
Nur dan Iman berjalan bergandingan untuk pulang ke rumah. Seperti biasa mereka akan berbual-bual untuk menambahkan kasih sayang antara mereka. “Iman malam ni pergi tarawih?” Tanya Nur. Iman tersenyum lebar. “Insha Allah ustazah. Nanti saya datang rumah ustazah sebelum maghrib ya. Kita pergi masjid sama-sama.” Jawab Iman. Nur menganggukkan kepala tanda setuju. Mereka terus berbual-bual.
“Iman nak ke mana? Tunggulah Pak Su. Kita pergi masjid sama-sama.” Imran bersuara. “Maaf Pak Su. Iman dah janji dengan ustazah Nur untuk sama-sama ke masjid. Kebiasaanya waktu begini ustazah dah tnggu Iman. Insha Allah lain kali Iman pergi dengan Pak Su pula ya.” Iman menjawab lembut. Imran tersenyum tanda memahami situasi Iman. Dia melihat anak buahnya itu hingga hilang dari pandangan.
Iman dan Nur berpisah setelah sampai di masjid. Iman menuju ke ruangan solat lelaki manakala Nur ke ruangan solat wanita. Selepas solat maghrib Nur membaca Al Quran perlahan sementara menunggu Isyak menjelma. Iman juga melakukan hal yang sama di ruangan lelaki.
Selepas solat Isyak berjemaah. Nazir masjid memberi kata-kata aluan. “Assalamualaikum warahmatullah kepada jemaah masjid. Alhamdulilah pada malam ini kita akan mula melakukan solat tarawih dengan 20 rakaat dan 3 rakaat witir. Selepas 8 rakaat, kita akan berhenti rehat seketika sambil mendengar tazkirah daripada ustaz jemputan. Tazkirah selama 15 minit dan kemudian kita akan menyambung semula solat tarawih kita. Alhamdulilah..Imam yang akan mengimamkan solat tarawih kita pada Ramadhan kali ini adalah Imam kelahiran kampung kita juga. Beliau akan bersama-sama kita daripada awal Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Insha Allah..”
Nur dan jemaah lain berdiri siap sedia untuk menunaikan solat tarawih. Saat Imam mula mengalunkan bacaan Surah Al Fatihah, hati Nur dicengkam rasa kagum pada kelunakan suara Imam tersebut. Bacaan yang amat menyentuh hati. Serta merta Nur teringat pada bacaan Syeikh Saad Said Al Ghamidi, persis sekali. Nur leka dalam menikmati bacaan Imam Tahfiz tersebut.
Solat ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada tazkirah pula. Namun hati Nur tak sabar-sabar ingin menunaikan solat lagi. Hatinya mula rindu pada suara yang mengalunkan ayat-ayat cinta kekasihnya itu. Kelunakan suaranya menarik hati Nur. Semasa mendengar tazkirah tiba-tiba Nur merasakan pernah mendengar suara tersebut. Dia cuba untuk mengingatinya namun tak berjaya. Nur membiarkan perasaannya.
Iman datang menemui Nur. “Ustazah balik dulu ya. Saya pulang dengan Pak Su. Pak Su ajak saya bertadarus dengan beberapa jemaah lain. Jadi saya pulang lambat.” Kata Iman kepada Nur. Nur tersenyum dan menganggukkan kepala. “Ustazah tak nak kirim salam kepada Pak Su saya ke?” Tanya Iman sebelum beredar. “Boleh juga.” Jawab Nur pendek.
Iman dan Imran berjalan bergandingan menuju ke rumah. Sepanjang perjalanan mereka berbual mengenai Nur. Iman yang tak jemu bercerita mengenai Nur menarik perhatian Imran untuk turut serta mendengarnya. “Esok Pak Su jangan ke mana-mana ya. Iman nak ajak ustazah Nur datang rumah lepas pulang daripada sekolah.” Pesan Iman kepada Imran. Imran senyum dan menganggukkan kepalanya.
Nur dan Iman berjalan beriringan pulang ke rumah. Selepas salam diberi. Pintu dikuak. Ibu Iman menghadiahkan senyuman manis kepada mereka berdua. Telinga Nur menangkap bacaan Quran saat dia melangkahkan kakinya ke dalam rumah tersebut. Hatinya memuji bacaan merdu itu. ‘Ya Allah, di manakah aku pernah mendengar suara ini.’ Nur berbisik di dalam hati. Iman terus ke dapur untuk menyediakan santapan untuk mereka. Nur dan ibu Iman terus bercerita. Iman meletakkan sajian di atas meja. Ibu Iman mempersilakan Nur untuk menjamah makanan. Seperti biasa, purdah dibuka.
Iman berjalan menuju ke bilik Imran dan dilihatnya pak ciknya sedang membaca Al Quran. “Pak Su, mari turun ke bawah. Ustazah Iman dah sampai.” Panggil Iman. Imran menutup Al Quran. Dia tersenyum ke arah anak buahnya itu.
“Assalamualaikum.” Imran bersuara. Ibu Iman dan Nur memandang ke arah suara tersebut. Imran senyum. Nur turut senyum. Sekali lagi mereka bertentang mata. Nur terlupa pada purdahnya. Apabila tersedar, dengan cepat digapainya kain yang sepatutnya menutupi wajahnya. Melihat hal tersebut, Imran memalingkan wajahnya.
Imran mengambil tempat di sebelah Iman. Mereka berempat berbual. Nur dan Imran banyak diam. Entah mengapa mereka berasa malu. “Berbual lah ya. Kak nak masuk ke dalam sebentar.” Ibu Iman bersuara. Hanya mereka bertiga di situ. Imran bersuara menghilangkan suasana hening.“Er…ana rasa seperti pernah jumpa ustazah. Tapi ana tak ingat di mana.” Nur diam sebentar kemudian menjawab. “Ana pun rasa seperti ustaz.” Mereka berdua diam. Masing-masing berfikir. Iman hanya melihat.
Nur meminta diri untuk pulang.
Nur sudah jauh dari pandangan. Imran masih berfikir tentang persoalan tadi. “Ya Allah, aku pernah berjumpanya di stesyen bas hari tu.” Imran kembali ingat.
“Masha Allah, aku pernah berjumpanya sewaktu pulang dari rumah Iman.” Nur juga kembali ingat.
Hari-hari berjalan seperti biasa. Imran selalu sahaja bertanya hal Nur kepada anak buahnya itu. Iman pula dengan senang hati bercerita. Terkadang kak longnya juga turut ditanya. Hati Imran tertarik kepada Nur. Namun dirahsiakan semua itu daripada pengetahuan sesiapa. Malu rasanya ingin didedahkan semua itu.
“Assalamualaikum ustazah.” Tegur Imran pada suatu hari. Nur menoleh. “Waalaikumsalam.” Nur sedikit tunduk tanda hormat. “Ana dari masjid terus singgah ke sekolah sebab ana fikir waktu ini Iman dah pulang. Jadi ana nak jemput dia.” Imran menjawab tanpa di soal. “Oh, kalau begitu hari ni Iman pulang dengan Pak Su ya.” Nur berkata kepada Iman sebagai membalas kata-kata Imran. Iman menggeleng-gelengkan kepala. “Tak nak. Iman nak balik dengan ustazah. Em…dengan Pak Su pun Iman nak balik. Macam mana ya. Kita balik sama-samalah.” Iman memberi saranan. Nur cuba menolak namun Iman lebih pandai berkata-kata sehingga Nur akur dengan permintaanya. Mereka bertiga berjalan beriringan. Tangan kanan Iman memegang tangan Nur manakala tangan kirinya memegang tangan Imran.
“Alhamdulilah. Kita dah sampai. Ustazah pulang dulu ya.” Nur meminta diri. “Nur..tunggu.” Imran memanggil. Nur berpaling memandang Imran. “Er…ana ada sesuatu nak bagi pada Nur.” Imran menyeluk kocek jubah yang dipakainya. “Ambillah..” Seutas tasbih dihadiahkan kepada Nur. Nur terpaku sebentar. “Er…terima kasih.” Tasbih diambil. Iman hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
Nur berjalan pulang. Imran memandang Nur hingga hilang dari pandangan. “Pak Su tengok apa lagi tu? Ustazah dah tak ada la..Em..nak Iman panggil ustazah ke?” Iman mengusik. Imran tersedar. Wajahnya merah. Imran menarik tangan Iman lembut menuju ke pintu rumah.
To be continue….

Wednesday, August 11, 2010
Tak sempat lagi.........
Episod 31
“Ustazah, kenapa tak datang rumah Iman semalam?” Tanya Iman gaya merajuk. “Maafkan ustazah. Kaki ustazah terseliuh. Maafkan ustazah ya sayang. Umi ustazah tak beritahu Iman ke?” Jawab Nur beserta soalan. Iman mengangguk. “Ada. Tapi..Iman memang nak sangat ustazah datang. Iman nak setiap keluarga Iman mengenali ustazah.” Jawab Iman. “Insha Allah, lepas habis kelas kita solat Asar berjemaah di surau kemudian ustazah datang rumah Iman ya. Ustazah pun nak ziarah ibu Iman.” Iman senyum memandang Nur. Hatinya terubat.
“Assalamualaikum. Mak, ustazah datang.” Jerit Iman dari luar pintu. Selepas beberapa kali salam diucapkan, pintu dibuka. “Waalaikumsalam. Mak tak dengar tadi Iman. Mak sedang masak di dapur. Maafkan mak ya. Ustazah pun datang..Iman tak beritahu mak pun ustazah nak datang.” Jawab ibu Iman. Iman hanya tersengih. “Kami rancang untuk datang semasa nak ke sekolah tadi, jadi Iman tak sempat beritahu kak.” Nur cuba membela Iman. “Oh, begitu ya. Eh..masuklah ustazah. Kita berbual di dalam. Iman, buatkan ustazah air.” Kata ibu Iman lagi. Iman sememangnya seorang anak yang rajin dan berdikari. Bahkan, banyak kerja rumah turut dilakukan Iman. Iman segera ke dapur menyiapkan hidangan ringkas semampunya. Sudah pasti teh O’ special kegemaran Nur menjadi hidangan utama pada petang itu. Iman membawa hidangan ke ruang tamu. Nur melihat sesekali anak angkatnya itu sambil matanya lebih ditumpukan kepada wanita di hadapannya. Iman memasukkan beberapa ketul batu ais ke dalam gelas Nur seperti kebiasaannya manakala miliknya dan ibunya adalah teh O panas. Purdah dibuka. Nur menikmati hidangan pada petang itu dengan penuh rasa syukur. “Mak, Pak Su mana?” Tanya Iman. “Tadi katanya hendak ke Sri Petaling untuk temuduga menjadi Imam sepanjang Ramadhan di masjid kita ni.” Jawab ibu Iman bersahaja. “Ye ke? Em… macam Imam Tahfiz ke mak?” Tanya Iman lagi. “Mungkinlah…Mak pun tak tau. Nanti Pak Su balik, Iman tanyalah dia.” Jawab ibu Iman lagi. “Tak dapatlah ustazah jumpa Pak Su Iman.” Jawab Iman dengan nada kesal. Nur memandang Iman. “Tak mengapalah Iman. Insha Allah lain kali ustazah dapat jumpa Pak Su Iman. Allah tak izinkan ustazah berjumpanya kali ni pasti ada sebab dan hikmahnya yang Allah lebih ketahui.” Nasihat Nur. Iman tersenyum. Nasihat ibu muda itu meresap di kalbunya.
Nur berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah. Matanya menikmati keindahan alam dengan penuh rasa syukur. Indahnya awan, segarnya rimbunan pokok, manisnya buah-buahan yang berada di atas pokok, comelnya anak-anak yang sedang leka bermain itu. Wah! Hebat semuanya…Pasti yang menjadikannya lebih hebat! Subhanallah! Bibir Nur lantas bergerak memuja dan memuji pencipta alam ini. Tiba-tiba matanya menangkap sekawan lelaki yang melalui jalan yang sama tetapi arah bertentangan dengannya. Berjubah putih, berserban putih. Ada beberapa lelaki sahaja yang kelihatan memakai pakaian berwarna lain seperti hijau dan merah. Mereka kelihatan sedang membincangkan sesuatu yang tak diketahui Nur. Indahnya pandangan itu! Nur tersenyum. Mungkin beginilah keadaannya di zaman Rasulullah, Nur cuba membayangkannya.
Jarak antara mereka makin hampir. Nur leka sebentar melihat keindahan di depan matanya. Kumpulan lelaki yang berbincang tadi turut melihat Nur. Nur melihat seorang demi seorang lelaki yang menuju ke arahnya. Matanya berhenti. Nur cuba mengingati salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut. “Seperti aku pernah melihatnya?” Otak Nur sekali lagi ligat bekerja mencari jawapan. Lelaki tersebut turut memandang Nur. Dia turut merasakan hal yang sama. Sekali lagi mata mereka bertemu. Nur lantas menundukkan pandangannya. Istighfar beberapa kali dilantunkan memohon ampun kepada kekasih yang sentiasa memerhatikannya atas kelalaiannya. Perasaan malu menyelubungi diri serta merta.
Walaupun wanita berpurdah dan serba hitam itu sudah jauh meninggalkannya, Imran masih tak dapat melupakan mata yang memandangnya tadi. Dia seperti mengenali mata itu. Dia khusyuk cuba mengingatinya.
“Im..kenapa dengan anta? Tiba-tiba je diam. Tadi petah sungguh bercakap.” Tegur Ghauz sahabat karib Imran. Imran tersedar. “Eh…apa dia? Em….ana pun tak tahu lah. Mungkin keputusan keluar lusa. Insha Allah antum semua lulus temuduga itu.” Jawab Imran gugup. Suasana hening seketika. Hanya kedengaran suara burung berkicauan dan angin yang berdesir lembut menyapa telinga mereka. Tidak lama selepas itu, kesemua mereka ketawa serentak. Imran terpinga-pinga melihat perbuatan aneh kesemua sahabatnya.
“Im..lain Ghauz tanya lain pula yang anta jawab. Memang wajarlah kami geli hati. Ha…Ingat siapa tu?” Kata salah seorang sahabat Imran pula. Imran menahan rasa malu. Wajahnya kemerahan.
Selepas salam diberi, Imran menolak daun pintu rumah. Dia berjalan menuju ke ruang dapur. Kelihatan kakaknya sedang mencuci beberapa gelas. Matanya beralih pula ke atas meja. Terdapat beberapa roti bakar di atas pinggan. “Assalamualaikum kak long. Ada tetamu datang rumah ke tadi?”. Soal Imran memulakan perbualan. “Eh..kau Imran. Kak long tak perasan tadi. Waalaikumsalam Warahmatullahi wa Barakatuh. Tadi ustazah Iman datang ziarah. Iman cari kau tadi. Kak long beritahulah kau pergi Sri Petaling untuk temuduga Imam Tahfiz. Pada awalnya merajuk juga budak tu. Mujurlah ustazah Nur pujuk dia. Iman tu nak sangat kenalkan kau dengan ustazahnya. Hm…rapat sangat mereka tu.” Jawab wanita tersebut. “Masha Allah….Benar ke kak long? Kesiannya Iman. Mana Iman sekarang ni? Im tengok kat luar tamu tadi tak ada.” Tanya Imran lagi. “Lepas ustazah Nur balik tadi, terus masuk ke bilik dia. Kak long pula terus ke dapur. Tak kebiasaannya dia buat macam tu. Selalunya dia akan tolong kak long kemaskan ruang tamu.” Jawab wanita itu lagi sambil tangannya terus melakukan kerja. Imran meminta izin untuk ke bilik Iman.
Daun pintu bilik Iman dikuak. Kelihatan Iman baru sahaja selesai berdoa. “Assalamualaikum. Boleh Pak Su masuk?” Imran meminta izin. Iman yang sedang melipat sejadah tersenyum melihat Imran. “Waalaikumsalam warahmatullahi wa Barakatuh. Kenapa Pak Su balik lambat? Tadi ustazah Iman datang.” Iman bertanya kepada Imran. Imran mengambil tempat di atas katil Iman, duduk di sebelah anak buahnya itu. “Maafkan Pak Su ya Iman. Pak Su tak tahu pun ustazah Iman nak datang. Lain kali, Iman beritahu Pak Su awal-awal ya. Boleh Pak Su batalkan semua program Pak Su untuk Iman.” Jawab Imran. “Eh Pak Su…tak perlu lah sampai macam tu sekali. Iman tak marah Pak Su. Iman hanya nak kenalkan Pak Su pada ustazah yang juga ibu angkat Iman. Iman nak setiap keluarga kita mengenali ustazah Nur.” Sambung Iman pula. “Em…Iman solat Asar ye tadi? Kenapa solat lambat? Tak baik melambat-lambatkan solat.” Imran mengubah topik. “Eh…tak lah. Iman dah solat Asar dengan ustazah Nur masa di sekolah lagi. Tadi Iman buat sujud syukur sebagai tanda terima kasih pada Allah kerana ustazah Nur ziarah rumah kita hari ni. Iman seronok sangat! Ustazah selalu pesan pada Iman agar menunjukkan rasa terima kasih pada Allah bila kita mendapat nikmat-NYA. Antaranya kita boleh buat sujud syukur. Ustazah juga selalu pesan pada Iman dan kawan-kawan yang lain supaya sentiasa dalam berwudhu’. Banyak kelebihannya. Iman dah ada wudhu’ jadi Iman terus buat sujud syukur.” Jawab Iman dengan panjang lebar. Imran tersenyum. Bangga mempunyai anak buah seperti Iman. “Oh..begitu ya. Maafkan Pak Su ya dah salah faham terhadap Iman. Betul kata ustazah Nur. Pak Su harap Iman jadi murid yang taat perintah guru ya. Insha Allah..ada berkatnya.” Sambung Imran lagi.
Mereka terus berbual. Iman bercerita panjang mengenai Nur. Imran pula menjadi pendengar setia demi menjaga hati anak buahnya. Hatinya makin tertarik ingin mengenali wanita yang bernama Nur. Ingin ditanya sebab kekuatannya seperti yang diceritakan Iman. Moga dia dapat mencontohi Nur. Insha Allah..dua insan ini akan bertemu juga dengan keredhaan Ilahi
To be continue....

Saturday, July 24, 2010
Ustazah..Pak Su Iman...
Episod 30
“Assalamualaikum..ustazah..ustazah.” Iman sudah sedia menunggu Nur di luar pintu. “Waalaikumsalam. ” Jawab Nur kemudian mencium tangan Mak Kiah. “Umi, Nur pergi dahulu ya.” Ayat yang biasa keluar daripada mulut Nur kepada Mak Kiah sebelum pergi ke mana-mana. Iman turut mencium tangan Mak Kiah. Mereka berdua berjalan sama-sama untuk ke sekolah. Sepanjang perjalanan mereka asyik berbual-bual. Kebiasaannya Iman yang akan bercerita manakala Nur menjadi pendengar setia.
“Ustazah, InsyaAllah minggu depan Pak Su saya balik. Seronoknya! Lama saya tak jumpa dia.” Cerita Iman. “Oh..Alhamdulilah..ustazah tumpang gembira. Pak Su Iman pergi mana? Buat apa?” Tanya Nur. “Pak Su belajar di Indonesia. Sekolah pondok. Dah lima tahun tak jumpa Pak Su. Dia belajar Bahasa Arab di sana. Tak silap dalam bidang Nahu dan Sorof. Iman pun tak tahu betul ke tak Iman sebut.” Iman dan Nur sama-sama ketawa. “Sebenarnya Pak Su dapat tawaran sambung belajar juga di Mesir. Tapi dia tolak. Bila ditanya dia hanya tersenyum. Pelik kan Pak Su Iman?” Tambah Iman lagi. Dahinya dinaikkan memandang wajah Nur. Nur hanya tersenyum memandang Iman.
“Ustazah, sabtu ni datang rumah saya ya. Ada kenduri syukur sempena menyambut kepulangan Pak Su.” Pesan Iman pada suatu hari dalam perjalanan pulang ke rumah. “InsyaAllah..sayang. Ustazah tak janji ya. Ustazah ada kelas hari Sabtu dan Ahad. Iman tahu kan. Walaubagaimanapun ustazah akan cuba untuk datang ya.
Nur berjalan perlahan menuju ke perhentian bas. Letih sungguh rasanya pada hari itu. Selepas itu, dia akan ke rumah Iman pula. Ikut kan hati dan badan, mahu sahaja dia terus pulang ke rumah. Namun tak sanggup dia menghampakan permintaan anak angkatnya itu. Beg galasnya tergantung kemas di atas bahu, terselindung bawah tudung labuhnya. Beberapa buah buku dipegang erat Nur pada tangan kirinya. Mata Nur mengecil dan membesar silih berganti melihat nombor yang tertera pada bas. Cermin matanya makin kabur. Nur berniat untuk membeli cermin mata baru selepas mendapat gaji pada bulan ini. Bas yang dinantikan menuju ke arahnya. Nur tersenyum. Bas berhenti. Nur mempercepatkan langkahnya. Sebaik sahaja kaki kanannya mencecah tangga bas tiba-tiba seorang lelaki dengan beg besar di bahunya meluru ke arah Nur. Nur jatuh. Buku yang dipegangnya habis basah terkena lecak. Semua mata tertumpu ke arahnya. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Lelaki tersebut juga terkejut akibat perbuatan yang tidak disengajakannya.
Bas berlalu meninggalkan Nur dan lelaki tadi. Nur masih belum bangun. Kakinya terseliuh. “Assalamualaikum. Maafkan saya. Saya tak sengaja. Ni buku awak.” Lelaki tersebut menghulurkan buku milik Nur yang sudah kotor. Nur menerima buku tersebut. “Waalaikumsalam Warahmatullah. Tak mengapa.” Jawab Nur pendek. Tangan kanannya menerima buku tersebut manakala tangan kirinya memegang erat buku lali kaki kirinya. Wajahnya yang tertutup dengan purdah memandang lelaki di hadapannya. Mata bertemu mata. Nur lantas menundukkan pandangannya. Juga lelaki itu. “Insya-Allah saya boleh berjalan. Tak mengapa.” Sambung Nur lagi apabila melihat lelaki tersebut masih berdiri mengadapnya. “Jikalau begitu, saya pergi dahulu. Ni kad saya. Jika ada apa-apa boleh hubungi saya. Sebaiknya awak pergi ke hospital. Bayaran bil hospital insya-Allah saya akan bayar.” Jawab lelaki tersebut. Dia perlu cepat sampai ke destinasinya.
Lelaki tersebut hilang daripada pandangan. Nur berjalan terhenjut-henjut ke arah perhentian bas lagak nenek tua yang tiada upaya untuk berjalan. Tudungnya kotor. Bukunya yang basah digenggam ringan. Bimbang terkoyak.
“Assalamualaikum. Umi, Nur dah pulang.” Bilang Nur dari luar rumah. Mak Kiah menjawab salam. Seperti biasa. Kuntuman senyuman dihadiahkan pabila pintu dikuak. Senyuman bertukar menjadi wajah terkejut. Mata Mak Kiah galak memandang Nur. Senyumannya mula hilang. Anaknya kelihatan lemah tak bermaya. Mak Kiah tanpa bertanya soalan lalu memapah Nur ke sofa yang terdapat di ruang tamu.
“Umi,tolong urutkan kaki Nur. Terseliuh. Sakit umi.” Nur mengaduh. Mak Kiah tanpa berlengah terus melakukan seperti yang dipinta. Nur menyandarkan badannya ke sofa melepaskan lelah dan akhirnya tertidur.
‘Allahuakbar…Allahuakbar..’ Telefon bimbit Nur ‘mengalunkan’ azan tanda telah masuk waktu solat. Nur terjaga. Matanya digosok-gosok dengan jarinya. “Allahuakbar,aku tertidur rupanya’’. Baju yang dipakainya sejak tadi masih belum berganti. Nur bingkas bangun. Berjalan perlahan ke arah biliknya. Kakinya sudah mampu dipijak sedikit ke lantai. Hebat penangan tangan seorang ibu. Kakinya makin pulih.
“Ya Allah, terima kasih kerana dengan kasih sayang-Mu aku masih mampu menunaikan kewajipanku sebagai seorang hamba-Mu yang lemah. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta-Mu seperti yang pernah Kau kurniakan kepada para kekasih-Mu. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, janganlah aku lalai daripada mengingati-Mu. Bantu aku untuk meletakkan seluruh rasa cintaku terhadap-Mu.” Nur terdiam sebentar. Matanya berkaca-kaca menampung air mata yang tak tertahan dek sebak di dada. Muhammad datang menerjah fikirannya. Pilu di hati yang masih tersisa merantai hebat perasaan Nur saat itu. Tangisannya makin hebat. Hanya suara Nur tertahan-tahan melawan perasaannya yang sebenar agar tak didengari keluarganya.
“Ya Allah, redhakanlah aku atas ketentuan-Mu. Aku yakin Ya Allah apa yang Kau beri padaku adalah yang terbaik. Aku tidak rela wildanku di negeri sana digantikan di dunia yang fana ini. Berikanlah aku kesabaran untuk bertemu dengannya. Namun Ya Allah, alangkah lebih indah hidupku jika dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Dan untuk mendapatkan itu, kubermohon pada-Mu kirimkanlah padaku seorang hamba-Mu yang dapat menjadi ayah yang baik untuk anak-anakku. Dapat menegurku apabila aku lalai pada-Mu. Cukup agamanya menjadi penyejuk hatiku. Hanya itu sahaja menjadi pilihan utamaku.” Nur terus lena dalam pengaduannya pada kekasihnya. Hanya kamar kecil tersebut menjadi taman cinta antara dirinya dengan Rabbnya.
Nur melipat telekung dan sejadah. Dia merebahkan badannya di katil tempatnya beradu. Lelahnya masih tersisa. Matanya menyorot dinding. Terdapat surah Ar-Rahman ditampal di situ. Pada sebelahnya tergantung jam dinding bewarna hijau. Nur memandangnya bersahaja. Tiba-tiba Nur bangkit. Janjinya pada Iman kembali menerjah benaknya. “Ya Allah…aku dah terlupa.” Bisik Nur perlahan. Nur bersiap-siap untuk ke rumah Iman. Mak Kiah tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya. “Nur,umi dah siapkan makanan. Mari turun makan. Eh..Nur nak ke mana tu? Kaki Nur kan sakit”. Ajak Mak Kiah yang diakhiri dengan ajukan soalan kepada Nur. “Umi, Nur ada janji dengan Iman. Ada kenduri di rumah Iman. Pak su nya baru pulang dari Indonesia. Nur janji nak datang ke rumahnya.” Jawab Nur sambil mengenakan tudung hitamnya. Mak Kiah menghalang anaknya dengan pujukan. “Tak perlu lah Nur. Kaki Nur pun bukan kuat sangat. Masih sakit lagi kan. Nanti umi telefon mak Iman beritahu keadaan Nur.” Jawab Mak Kiah. Nur diam sebentar. Jilbabnya dibuka kembali. Nur memegang tangan Mak Kiah menuju ke dapur.
To be continue…

Thursday, July 15, 2010
Masih ada yang menyayangi
Episod 29
“Assalamualaikum ukhti. Kaifahaluki? Ana rindulah dengan anti.” Suara dari hujung talian. Nur membalas riang. Perasaan sebenarnya disembunyikan daripada pengetahuan teman baiknya itu. “Waalaikumsalam Warahmatullah Wa Barakatuh. Alhamdulilah..ana dan keluarga sihat sejahtera. Ana pun rindu benar pada anti walaupun baru seminggu kita tak bersua.” “Er…esok anti ada apa-apa program? Ana nak ajak anti pergi ke sebuah masjid ni. Ada kuliah selepas solat Zohor. Hanya untuk muslimat.” Ajak Aisyah. “Menarik. InsyaAllah ana akan datang. Apakah tajuknya?” Tanya Nur lagi lagak seperti wartawan. “Tajuknya….em..rahsia. Tapi ana yakin anti pasti suka. Sesuai benar tajuknya dengan anti. Esok sebelum zohor anti datang kedai ana. Dari sana kita akan pergi ke masjid yang ana maksudkan tadi.” Jawab Aisyah dengan senyuman tanpa menjawab persoalan Nur. Dia pasti Nur akan menyukainya.
Selepas meletakkan ganggang telefon, Nur mencari ibunya. Hasrat hatinya ingin meminta izin pada Mak Kiah untuk mengikuti Aisyah pada esok hari. Selepas puas mencari tetapi tak berjumpa, Nur langsung menuju ke bilik ibunya. Daun pintu dikuak sedikit. Dia terlupa mengetuk pintu terlebih dahulu. Kelihatan seorang hamba sedang menjalankan tanggungjawabnya pada Sang Khalid. Nur tersenyum. Mahu ditutupnya kembali pintu tersebut. Terdengar rintihan sayu yang disertai esakan kecil dari hujung kamar tersebut. Nur memasang telinga.
“Ya Allah, atas nama-Mu aku merintih. Aku tidak punya daya dan upaya melainkan hanya dengan keizinan-Mu. Betapa hatiku terluka melihat anak kesayanganku diperlakukan seperti itu. Betapa perit hati ini Ya Allah. Tak dapat kubayangkan hati Nur. Pasti dia lebih merasa sakit Ya Allah. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menyembunyikan perasaan sedih ini daripadanya. Aku tak mahu dia bertambah sedih Ya Allah. Jadikanlah aku ibu yang memberi suntikan semangat padanya. Ya Rahman, kuatkanlah juga Nur dalam menerima ujian-Mu ini. Sesungguhnya aku tidak tahu perasaan sebenar Nur terhadap Muhammad sedangkan Kau Maha Mengetahui. Namun,aku seolah-olah merasakan Nur mempunyai impian yang tinggi terhadap Muhammad. Dia sanggup menunggu Muhammad pulang dari Mesir. Pada waktu itu dia menolak sebarang lamaran daripada mana-mana lelaki. Subhanallah! Aku tidak menyangka begitu sayang sekali Nur pada hamba-Mu itu. Namun, Kau lah Ya Rabbi sebaik-baik penentu takdir hamba-Mu. Kami yakin dengan ketentuan-Mu. Gantikanlah yang lebih baik padanya. Baik untuk agamanya dan penghidupannya di dunia dan lebih-lebih lagi di negeri akhirat yang kekal. Amin..” Mak Kiah mengesat air matanya dengan telekung yang dipakainya. Gambar suaminya diambil. Tatapan yang tak dapat ditafsir Nur. “Pasti umi rindu pada abah. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana mengurniakan padaku seorang ibu yang berhati mulia. Jadikanlah aku sebagai penyejuk hati umi dan abahku. Jadikanlah aku anak solehah yang sentiasa menggembirakan hati mereka. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menutup perasaan sedihku pada insan-insan yang kusayangi terutamanya pada umi. Bantulah aku Ya Allah.” Bisik hati kecil Nur. Pintu bilik Mak Kiah ditutup kembali. Nur berjalan menuju ke biliknya. InsyaAllah malam nanti dia akan memberitahu kepada ibu kesayangannya itu.
“Assalamualaikum..Assalamualaikum…Nur..Nur..Umi dah pulang ni.” Sayup-sayup kedengaran suara dari luar. Nur tersedar daripada lamunannya. Pintu dikuak. Kelihatan Mak Kiah berdiri dengan telekung putih tersenyum memandang Nur. “Waalaikumsalam Warahmatullah. Umi dah pulang ya.” Nur tunduk mencium tangan ibunya. “Kenapa Nur lambat buka pintu? Nur buat apa tadi?” Tanya Mak Kiah sambil melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Nur membawa beg Mak Kiah masuk ke bilik kemudian keluar semula. “Tak ada apa umi. Nur tak sedar tadi umi panggil Nur. Maafkan Nur umi.” Balas Nur lalu duduk di atas lantai sambil tangannya memicit kaki Mak Kiah. Mak Kiah tahu tentang perasaan Nur yang masih dibelenggu dengan rasa sedih. Terkadang dia juga melihat Nur melamun sendirian. Mak Kiah membuka cerita baru. “Tadi tazkirah yang disampaikan Ustaz Umar betul-betul menarik. Umi tak rasa bosan sedikit pun mendengar tazkirahnya. Seronok sangat. Kadang-kadang sedih, kadang-kadang ada pula lawaknya. Umi rasa semua jemaah terhibur dengan tazkirah tadi.” Nur mendengar dengan penuh minat. “Sayanglah Nur tak dapat ikut.” Keluh Nur. Mak Kiah hanya tersenyum. Memang kebiasaanya anaknya itu yang akan menemaninya ke masjid. Jarang-jarang dia bersendirian ke masjid. Hanya jika ada sesuatu sambutan. “Bolehkah Nur berjumpa Aisyah esok? Rindu benar Nur padanya. Aisyah nak bawa Nur ke sebuah masjid. Ada tazkirah untuk muslimat. InsyaAllah Nur pulang selepas solat Asar di masjid tersebut.” Sambung Nur lagi. Wajah Mak Kiah tak lekang dengan senyuman. Dia amat memahami perhubungan antara Aisyah dengan Nur. Mereka umpama saudara kandung. Rapat sungguh. “Pergilah Nur. Umi izinkan. Sampaikan salam umi pada Aisyah juga ya.” Jawab Mak Kiah. Nur tersenyum kegembiraan.
“Assalamualaikum. Dah lama tunggu ana? Maaf lah..ana leka bermain dengan anak buah sampai terlupa temu janji kita. Maafkan ana ya.” Ungkap Nur dengan perasaan bersalah kepada Aisyah. Perhubungan yang intim itu menjadikan Aisyah merasakan kesalahan Nur terlalu kecil baginya. Dia tersenyum dan mengungkapkan kata-kata pemujuk bagi sahabatnya itu. “Oh..sahabat ana ni lambat sebab bermain dengan anak buahnya. Jika anak sendiri mungkin anti tak muncul depan mata ana sekarang.” Mereka sama-sama ketawa. Aisyah sememangnya amat mengetahui kesukaan Nur terhadap anak kecil. Pernah sekali dia memohon cuti selama tiga hari tanpa gaji semata-mata ingin menjaga anak buahnya kerana kakak beserta abang iparnya terpaksa ke luar negara atas urusan kecemasan. Nama anak buahnya pun dipilih Nur. Rabiatul Adawiyah pastinya menjadi nama idaman sahabatnya itu.
Ramai muslimat di dalam masjid tersebut. Nur dan Aisyah bergegas ke bilik wudhu’ untuk memperbaharui air wudhu’ mereka. Mereka memilih tempat yang sesuai untuk beriktikaf dan menimba ilmu.
“Anti,tengok tu.” Aisyah cuba menarik perhatian Nur. Nur memandang ke arah yang ditunjukkan Aisyah. Matanya terpaku. ‘Syurga di bawah tapak kaki suamimu’ . Bagai berdentum guruh di langit menjerit kuat pada cuping telinganya. Nur tak mampu menahan gelodak jiwanya. Kepalanya terus dihalakan ke arah lantai. Air mata ditahan. Menyedari perubahan Nur, Aisyah bertanya kepada Nur. “Kenapa anti? Ana buat kesalahan pada anti ke” Hatinya serba salah. Nur lantas menyeka air matanya. Tangan sahabatnya digenggam erat. “Tidak ada apa-apa anti.” Aisyah tidak mengetahui kisah antara dirinya dengan Muhammad. Nur cuba untuk tersenyum kepada Aisyah.
Nur tak mampu menulis sedikit pun pengisian kuliah tersebut. Pen miliknya hanya digenggam sedangkan Aisyah khusyuk menulis. Terkadang penceramah membuat jenaka yang menjadikan para hadirin ketawa, tidak ketinggalan Aisyah juga namun tidak kepada Nur.
Usikan adik-beradiknya, impiannya menjadikan Nur tenggelam dalam lautan kesedihannya. Kuliah melabuhkan tirainya. Azan Asar berkumandang. Selesai solat Imam membaca doa dan diaminkan para makmum. Nur tak dapat bertahan. Kedengaran esakan kecil. Mujurlah tempat Nur di tepi dinding dan bersebelahan dengan Aisyah. Hanya Aisyah yang mendengar tangisan Nur. Hatinya turut sebak.
Para jemaah bersalaman dan bersedia untuk pulang. Nur dan Aisyah seperti biasa akan sujud syukur sebelum pulang. Aisyah sudah bangun daripada sujudnya namun Nur masih lagi sujud dalam keadaan esakan tangisannya. Beberapa minit selepas itu Nur bangun dan memberi salam. Aisyah mengambil kesempatan bertanya perubahan tingkah laku Nur. Wajah Nur dan Aisyah bertentangan. Mata mereka saling berpandangan. Nur lantas memeluk Aisyah Erat-erat. Aisyah turut memeluk Nur. Selepas tangisannya reda, tanpa ditanya Nur menceritakan tentang perkara yang berlaku pada dirinya,tentang Muhammad,tentang perasaan ibunya juga kemarahan keluarganya terhadap Muhammad. Sungguh di antara mereka tiada rahsia. Aisyah memujuk Nur lagak seperti seorang kakak. Hati Nur terhibur sedikit. Akhirnya Aisyah mengungkapkan kata-kata yang benar-benar terkesan di hati Nur. “Wahai sahabat yang amat ana cintai, janganlah bersedih kerana dunia ini. Air matamu terlalu berharga jika dibandingkan dengan dunia ini dan seluruh isinya. Allah mendugamu pada saat ini tidaklah bermaksud Dia ingin membebanimu bahkan inilah tandanya Dia amat menyayangimu. Mungkin Dia tidak mahu dirimu terus leka dengan dengan makhluk-Nya sedangkan Dia lah pemilik makhluk tersebut. Nah..sahabatku sayang, lihatlah kasih sayang Allah melebihi makhluk-Nya. Muhammad telah pergi meninggalkanmu sedangkan Allah masih setia bersamamu. Tidakkah Nur nampak hebatnya cinta Allah. Ana tak salahkan anti untuk menangis. Menangislah..mungkin selepas anti luahkan segalanya anti akan rasa lebih lega. Rasulullah juga bersedih sewaktu kematian isteri tercintanya dan juga bapa saudara baginda. Kita lemah Nur...Dialah yang menguatkan kita. Jadi,mengadulah pada-Nya. Ceritakan segala kesedihanmu pada kekasih hatimu, juga kekasih hati insan-insan yang hatinya bergantung pada Allah.”
Begitulah juga sahabat Rabiah sewaktu Rabiah tertidur selepas beribadat sepanjang malam terhadap kekasihnya. Sahabatnya mencubit perlahan untuk membangunkan Rabiah. Mereka sama-sama beribadat sewaktu mata-mata lain nyenyak dibuai mimpi.
Aisyah menyeka air mata Nur. Nur menatap mata Aisyah. Aisyah juga menangis. Matanya juga kemerahan. Sungguh Aisyah benar-benar memahaminya. Bermakna Maha Pencipta yang mencipta Aisyah lebih memahami Nur. Subhanallah!
To be continue..

Subscribe to:
Posts (Atom)